Monday, December 28, 2009

cerita 28

oh my dear 9 years old alba. please be brave. just another few months to go. dont u dare to die at this moment.

i'm going to give u a tender loving care.

i know u r not anymore a water resistant alba and i'm going to be careful not to bring u to shower like i used to be.

my dear alba...please...please...

although u r just a 9 years old alba with lots of scratches here and there..with 1 hospitalization due to joint broke down..but u r there for me for 9 years.....lets make it 10 years together....


Saturday, December 26, 2009

cerita 27

sejak beberapa bulan yang lepas i maca suke baca satu blog ini, blognya memang best, the way she write memang best. i like. terjumpa blog nie masa melawat blog kwn i.

if anyone want to read her blog go to www.nurulism.com

the best part of it, of course for a hopelessly romantic woman like me yang tgk love story sampai mata merah2 nie, i like her kisah cinta magis....huuu....

okie...i need to go....bye

Tuesday, December 22, 2009

cerita 26

a new year wish list

1. dslr camera - cost 2500

2. a driving license - cost 1000

3. a degree - cost - a hard work

4. a so nice vacation - cost 500 - 800

5. a affordable dream car by the end of year - cost - lets keep it as a secret first

6. roller coster trip - cost - 300 - 500 - its been a long time since i've been to genting.....about 7, 8 years ago.

7. a more meaningful year - cost - usaha doa tawakkal

8. a happier n brighter life - cost - smile and smile

9. gives my parent a good news - cost - usaha doa tawakkal

10. music class ???


so many things to do, and lots of money to use.....

even so, i just hope for 1 thing, "this year, its going to be more meaningful"


Thursday, December 17, 2009

cerita 25

suatu hari di hari khamis di depan lif lobi fakulti.

i : hi doc

doc: hi, final year student right?

i : yes...[sambil senyum2 ayu]

doc : fatim right?

i : yes..doc, your memory is very good

doc : i remember you because u r beautiful.

i : [senyum lebar sampai telinga]


perempuan kalau kene puji dia cantek ke comel ke, die memang suka.

mesti rasa berbunga bunga macam esok boleh dapat bunga ke apa.huuuuu...


kalauibisajujur > asal rasa berbunga bunga je ni ??


Tuesday, November 10, 2009

cerita 24





minggu ini i sangat stress. inilah exam paling sux dalam hidup i. okay kalau i fail [i malu i malu]....i dont know what will happen next. i hope i can recover faster. for the time being....i'm drowning....sumbody please safe me.....

anyway....sum of my friends make me smile with their comments.....

really had a gud laugh after 1/2 day of crying non stop.




Friday, November 6, 2009

cerita 23

hampir 23 tahun

pencapaian?

masih dalam samar2

cukupkah pengalaman yg ada untuk menempuhi hidup ini?

pernah bergembira

pernah ketawa

pernah bersedih

pernah berduka

pernah dilukai

pernah merasa kejayaan

pernah merasa kegagalan

pernah berada pada tahap hidup yang paling sukar

pernah berjuang untuk mempertahankan diri

pernah merasai pergolakan

pernah ditikam dari belakang

pernah merasa perasaan takut

pernah merasai perasaan runsing

pernah merasa cinta

pernah merasa sakit kerana cinta

pernah merasa perasaan lucu

pernah merasa kedamaian

pernah merasa erti sahabat

pernah merasai erti lawan

pernah merasai erti kepercayaan

pernah merasai erti kesetiaan

pernah merasa erti rasa itu apa

terlampau sedikit yg pernah dirasa. mungkin belum mencukupi

mungkin sekarang masih merasa perasaan2 diatas, masih berjuang mengatasi halangan di dalam hati

cuba mencari sedikit bahagia

cuba mencari erti diri sendiri

cuba mencari sesuatu yang sentiasa kosong didalam jiwa

cuba mencari kepuasan dalam hidup

masih ada yang hilang, yang hilang itu dari dahulu hingga kini belum terjumpa



moga sedikit erti yang lebih bermakna muncul dengan perasaan sedikit bersedia.



Tuesday, October 13, 2009

untitle

yes...people do change...

and sumtimes people ask....u change so much...why?

simple answer.....i walk, i learn, i experience....and sum people change me....wutever people done to me.....its effect me...n i change....n sumtimes i know i change to much.......maybe all this while i pretend to be the good person or wutever....and i'm not change...i just return to the old me, which i know, i'm better in such way...eventhough.....people will say...she change from being a good person to bad person....

there was one moment i try to change......but during that time, it just happen that i met few people who make me feel its better to be the old you.

i'm not a good person...but at least i know that i'm and i' trying to be a good person, maybe not today, but tomorrow??

Tuesday, September 15, 2009

cerita 22 : kisah kisah lawak.

pertama tama nya tuan punya blog yang bermuka unapproachable ataupun dalam kamus melayu remaja remaja malaya boleh menggunakan muka 'kerek' ke ape benda pon i sendiri tak tahu nak bagi makna sebenar, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan i supaya berjaya dalam exam yang lepas. alhamdulillah i pass dan agak berpuas hati walaupun tidaklah score, tapi cukup untuk tahap i yang sederhana pandai ni.

keduanya, i yang memang selalu membuat lawak tak boleh blah kata kekasih gelap, memang telah membuat lawak terhadap diri sendiri hari ini. yer hari ini kerana result keluar dan kekasih gelap juga telah pass dlm exam ObGyn, telah membuat nazar sehari sebelum result keluar, bahawasanya, sekiranya beliau lulus, maka kami bertiga akan dibelanja makan untuk berbuka puasa. jadi dengan perasaan berkobar kobar setelah lama kepinginkan ayam penyet, kami pun pergilah makan disitu. sampai pun sudah hampir 6.30 kerana jalan jam. 6.41 adalah waktu berbuka bagi kawasan kuching. sampai sampai i pon order air milo ais. jadi bila air semua pun sampai, jam sudah menunjukkan 6.37. i pun nampak air tu macam sedap, dan tanpa segan silu dalam hati, perghhh...air ni emang sedap, sejuk pulak tu.....dan tiba tiba, 'oit puasa la...kata eda meda'.....i pon dalam hati...shit.....belum bukak lg la....astaghfirullah...sambil luahkan air atas lantai......gila i sangat malu sampai rasa nak nyorok2 bawah meja...dah la tempat awam....i pon check2 kiri kanan depan belakang, i rasa macam org tak perasan je....malu malu malu seribu kali. dah la kekasih gelap ngan imah boleh mcm tengok2 je i minum, seriusly diorg pun mcm x perasan je. seribu dua juta kali i nak malu...memang tak boleh blah...sampai dah dalam kereta pon i gelak sorang sorang sebab tu.

seterusnya, isu i mengusik kekasih gelap punya wedding....boleh dikatakan semua orang nak mengaku wedding diaorg sempoi. i pun secara spontan keluar kan satu ayat....'wedding i la paling sempoi, buat kat masjid naratiwat je'....gile pecah perut...abes gelak semua....memang i tak boelh balah...siap sambung...bukan parent i x bagi, i bawak parent i pegi jugak...cuma senang kami nak honeymoon dekat phuket...hahahah.....gila kekasih gelap cakap i mmg tak boleh blah. ntah i pon mm mane boleh keluarkan ayat tu. huhuhu

ok la.....byk gi nak cerita...tapi bukan kisah lawak dah...sebab yang ada kisah2 scary muvie, juga kisah kisah sedih i. okay okay x mo cerita. tu terbuka awal, sebab duk marah marah before buka.....kan dah kene.....isk....


kalauibisajujur > naseb air tu sampai lagi 4 minit nk buka pose...kalo x.....huhu

Thursday, September 10, 2009

cerita 21 : cerita cerita kegeraman i !

seperti yang i nyatakan ...i geram

1. ada budak TBB kat rumah.'

2. budak TBB yang tak mentolong kerja2

3. budak TBB tutp lampu masa i mandi

4. baru i sedar rupanya budak TBB la yang pernah tutup lampu masa i mandi dulu dan tak tolong bukak kan balik. tadi naseb i jerit2 ayu sket

5. ape ke benda nya seorang senior yang i pun kurang pasti kwujudannya di fakulti yang telah bergraduasi mahu kata i kerek ke apende ntah. i pun tak kenal dia dan tak pernah cakap dengan dia. manusia mmg suka judge org

6. jadi disini i nak bagi tahu
- kalau i pertama kali jumpa u, maknanya i mmg tak pernah kenal u, i mmg ada sedikit tidak mesra. dah memang sifat semulajadi i mcm tu.
- kalau u dah kenal i, baru buat kesimpulan
- i mmg ada sedikit mengada ngade
- kadang kadang ade mood swing
- juga mampu marah orang
-juga mampu buat muka kalau tak suke org tu
-i bukan perfect, so u pun bukan perfect. u bukan nabi. tak perlu buktikan pada i u peffect. mesti u ada jugak buat kesalahan. mungkin kesalahan u dengan i pada tempat yang berbeza.
- so tak payah judge i.

7. wutever

Sunday, September 6, 2009

cerita 20: cerita cerita bersedih saya.

akhirnya, buat kali pertama i tidak bangun bersahur pagi tadi. i memang tido mati. mungkin ada mimpi terlampau indah yang i sendiri pun tak ingat. memang i sangat bersedih, sebab i ada sedikit kurang tenaga hari ini.

disebabkan ini i telah tertido waktu tengah hari, sehingga seperti rasa tidah mahu bangun. bila bangun i rasa menyesal, rugi masa je, banyak lagi tak study. i bersedih lagi. kemudian, i tengok hp ada msg. i pun segera menuju kepada kawan i [sebab msg tu suruh jumpa dia bila i dah bgn].

bila i jumpa kawan i, dia kata facial n spa penuh weekend yang kami nak pegi tu. i belek belek jadual i, nak cari masa yang boleh pergi. memang jadual i sangat padat pada hari hari bersekolah. hanya ada hari isnin saja. memang i bersedih sekali lagi.

kemudian i terfikir pasal hospital. malam ini kene pergi hospital.tapi dengan siapa. i tak tahu sapa yang nak pergi, walaupun i tahu budak group i semua pergi. i sebenarnya malu malu kucing nak mintak tolong sebab mereka tinggal diluar. nanti macam susahkan mereka pulak nak ambil i. i masuk bilik seperti sedih sedih dan terus solat. mintak mintak petunjuk. setelah itu i terfikir, mungkin i patut pergi petang ni saja. i boleh pergi jalan kaki sendiri. hari siang tak bahaya. tapi i jugak terfikir mengenai patient allocation di cubicle 1. dalam i fikir fikir, i bukak facebook. i nampak sang online, jadi i tanya dia. ntah mcm mana i yang malu malu kucing ni, tiba tiba mintak tolong sang ambil kan i malam ni.huhuhu. sang yang baik hati juga bersetuju. thanks Allah, i found my solution. actually memang tak berapa nak larat jalan kaki ke hospital petang2 ni. dah la tak sahur.huhu.

so i punya mood sedih sedih tadi pun berakhir.


kalauibisajujur > Allah always shows the best way for you if u ask for it. and i think this Allah always show me what should i do. i even more realized about it since last year, when Allah test me with somes hurdles of life. kata ustaz semalam, hati yang kotor itu ibarat punya keladak. jika dicampur dengan permata berlian pun tidak kelihatan kerana keladak tersebut. bersihkan hati, semoga hati kita disinari nur. ustaz juga berkata, kadang kadang perbuatan kita, percakapan kita menggores hati orang lain kerana kita tidak memilih perbuatan dan kata kata yang terbaik, sebab itu hati kita tidak tenang. namun ya Allah, aku syukuri nikmat yang kau berikan, masih bisa mengajar erti memaafkan yang lain dan mengajar hidup itu punya sinar yang indah sekiranya mengikut ajaran-Mu.

Saturday, September 5, 2009

cerita 19: gila kau ayka !

gila i. apa ntah i buat ni.







Friday, September 4, 2009

cerita 18: one fine day no 2.

another one fine day ~~~~

cerita 17: one fine day ~~

yes...it was one fine day.







kalauibisajujur > <3>

Wednesday, September 2, 2009

cerita 16 : busy teramat !

harap harap ObGyn akan jadi seperti lagu dalam jimi asmara...dari kerana mata yang mempunyai kuasa...oh aku tergoda aku tergoda.....sudah sudah...nanti i nyanyi sedap sangat. harap i akan jatuh cinta, seperti dari mata turun ke hati.





ok....sudah sudah. i kene berhenti...obgyn seperti tiada kehidupan. mahu tules blog pun xde masa.


kalauibisajujur > stress dengan cinta kepada obgyn

Saturday, August 29, 2009

cerita 14 : satu yang satu ~~

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want Is to be with you
You are my One True love
Taught me to never judge...
Now all I want Is to be with you
You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without You what would my life mean?
To not know the unseen, the worlds between
For you I’d sacrifice
For you I’d give my life
Anything, just to be with you
I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want Is to be with you
Showed right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH


kalauibisajujur > greatest love

cerita 13: biar biar biar...<3

gile i memang comel. HA HA HA. [suka hati i]












kalauibisajujur > biarkan u nk termuntah. biar biar biar [ i nak perasan sorang2 kejap]

Friday, August 28, 2009


aww aww aww....memang tabiat yang i tak boleh diubah ubah. tidak tidak....i telah menghabiskan duit sekali lagi.

tahun lepas...merah putih....tahun ni....hijau putih.....[eyh...mcm politik pulak...huhu...itu semua takde kena mengena...]














kalauibisajujur > awww aww aww....i memang gila bedsheet.....


Thursday, August 27, 2009

cerita 11: entry sengaja

dapatkan cervarix sebelum anda sexually active [yang sudah boleh menjalani pap smear terlebih dahulu]. dapat tempat letak kertas ni masa attend cpc ObGy. offer dia buat rm453 je [actuall price rm1200]. but i'm waiting for offer from gardasil. huhu...





meja yang masih tidak berapa nak berubah. but i still luv it. my inspiration.









peduli apa i nak letak gamba sendiri. biar biar biar.



















kalauibisajujur > semacam tiada kerja pulak.

Wednesday, August 26, 2009

cerita10 : apa nak jadi ?

okay okay, exam sudah habis. yay....apa yay yay...?? pass pun belum tentu lagi. tapi i tetap nak yay jugak sebab sedikit rasa kehilangan separuh otak i [okay okay, hilang tekanan dalam kata yang senang]. i perform bagus ke? ohhh tidak. i ada sedikit penyakit lupa lupa sebab i sudah tak ingat benda benda lama, seperti ilmu ilmu yang i terletak dalam unconscious mind. gila berterabur bila nak explain balik [i sangat malu. jd i senyum saja]

okay okay sudah pasal exam.

bagaimana puasa? masih dalam tahap cuba meningkatkan pencapaian diri dan mendekatkan diri kepada Allah [rasa sangat beriman]. i harap terus dapat melakukan yang terbaik. selebihnya i serah kepada Allah.

minggu depan i start obgy. i tak tahu sebenarnya i suka atau tidak. yang pasti i paling suka tengok baby baru lahir. i rasa sangat adorable. i rasa saat tu paling bahagia [bila la turn i agaknya eyh..:P]. walaupun sakit mak mak nak lahirkan anak..tapi ada rasa bahagia disitu. selepas menyambut kelahiran baby sebanyak 17 kali melalui vaginal delivery dan sekali assist caeserian section [dimana itu la kali pertama i rasa seperti surgeon, dapat memegang pt diatas theater, scrub, pakai gown, wow i pernah tu....huhu...gile perasaan pertama kali hands on di OT dimana selama ni dapat tgk dari tepi je. mana nak hands on di OT, nanti abesla kene boikot dengan HO kan....hehehe] i rasa pengorbanan mak mak memang tiada bandingannya. cuba bayangkan mak i 3 kali mengandung. lahir semua vaginal delivery . yang last tu pulak twin. sangat besar pengorbanan. i sangat terharu.

ok lah. nnt i sambung lagi. i seperti ada kerja.


kalauibisajujur > pagi tadi potong kuku untuk exam. akhirnya kuku da warna putih sepenuhnya, tiada lagi kaler oren. 3 months went away..............:)

Tuesday, August 25, 2009

cerita 9: press release

press release?? ape yang i merepek repek kan ni.

i tak merepek, cuma i nak cakap internet ini bagaikan membuatkan duniawi ini sungguh kecil.

KAH KAH KAH HA HA HA [i sangat tergelak besar]

baru i tahu kenapa semua ini berlaku. and i dah dapat jwb persoalan dari kwn i.

baru i sedar rupa rupanya internet itu seperti salah satu cara mcm press release untuk kehidupan peribadi yang kadang kadang kita sorok sorok kan atau pun mcm kita main menyorok masa kecik2 duduk bawah katil [memang port tak best sebab semua orang tahu].

so the moral of the story, kalau kita mcm rasa nak sorok2 kan, baik kita korek lubang [mungkin 5 kaki cukup i rasa], simpan dalam tu, simen siap2 kat atas. tutup balik dengan tanah, tanam rumput pulak atas dia. macam tu baru kira mcm safe sikit rahsia kita kan.

sister....now u can laugh hardly. i know u still laugh and u said to me....see, like i said...trinity kan....yeah totally agree with u sis. sometimes human is a trinity without they know it.

abdominal pain. laugh so hard. mesti lagi sakit if my sis ada kat sini.


anyway, wish me luck. exam wasteday n thirstday......


kalauibisajujur > sumtimes people are just unexpected...but just expect that for the'trinity type' :P

Friday, August 21, 2009

cerita 8: update

okay okay..sedikit update. i terlampau busy [belum jd pm pun da busy semacam je i]

first congrat to my fren, iqbal for the opening of mega prima. proud of you. wish i can do the same thing. just do ur best n this is the starting of ur dream [ gile i pun berangan nak ade satu kompeni...kompeni kopi ok?..huhu]

second....esok puasa. selamat berpuasa. eyh ada yang tak habis lagi gamti puasa pandai2 la pegi bayar kat pejabat agama tu eyh. sape suruh lambat lambat ganti...hehe [ naseb i cepat2 ganti]

third..exam this coming moanday...wasteday n thirsday [haha...wutever suka hati i].....wish me luck...i semacam tidak bersedia langsung....

jangan lupa terawih...sekali datang je setiap tahun.....puasa biar betul2....jangan rugi je lapar sehari tu. makan jaga...jangan sampai buncet pulak....[heheh....jom diet jom]

ok ...i need to topup my energy....nak study...study study study stuyd sutdy sdtuy stduy...okay...stop


kalauibisajujur > tension betul exam.....

Saturday, August 15, 2009

cerita 7: baby~~

sewaktu i tules ni, i rasa sangat rindu pada family i. i bayang bayangkan saat saat i ada kat rumah. kadang kadang i jadi sayu. sumtimes, i wish , i ada kat sana. sumtimes i rasa my parents must be really lonely without all of us.

i called my mum n she said to me...."abang su cakap dekat mama, kalau nanti abg su masuk universiti, abg su nak pilih yang dekat dekat je. nanti abg su sakit boleh la mama tolong urut urut ke. nie sape pon xde." [ape la adik aku ni, patut mak sakit dia la urut...huhu]

i rasa mcm nak cakap jugak mcm tu..but...semua dah terlambat da. i dah tercampak jauh dah selama 4 tahun. sepanjang 4 tahun ni, i pernah balik rumah 11 kali je yang kebanyakannya i dpt duduk rumah 9 hari je. okay okay, may be u nak kata banyak ke ape [suka hati], tapi i duduk dalam malaysia okay, sepatutnya i boleh blk lebih dari tu kan. bukan tak nak balik. i need to think about money kan. as i memang tak suka mintak duit from my parents. apa yang i ada, itu la yang i guna. if i can i memang tak nak susah kan my parent. i ingat lagi hari tu, i nak balik sini. itulah kali pertama i memang takde duet langsung dalam bank. naseb sebelum tu i da booking tiket awal2. i tak tahu mcm mana nak cakap kat my parents, i nak duet nk buat makan. i tgk dalam akaun i ada rm80 je. i memang tak tahu dah mcm mana nak buat. nak mintak....mmm....ntah nak ckp mcm mana pon tak tahu. tp 80, berapa hari je boleh tahan. belum kena bayar itu ini. ntah yuran apa apa lagi. i tgk2 jadual, mesti duet masuk lagi 2 bulan mcm tu. at last i ckp jugak dekat mama, i xde duit. then mama ckp, nanti dia bg tau kat papa. then papa tnya i berapa cukup. i ckp berapa2 la yg papa rasa cukup tuk sebulan [i ckp utk sebulan je..takut nk ckp tuk 2 bln]. seriously i cuba bertahan duet utk sebulan tu selama dua bulan. memang terkepit sana sini i. bajet sana sini. doa la hari hari hope duet masuk cepat sikit.

bila takde duit mcm ni, baru i boleh bayangkan macam mana parent i penat2 cari duet. yang i ni tau habeskan je. bila takde baru kite sedar, betapa susahnya nak cari. okay okay maksud i satu je kat sini, i sangat rindu parents i....[sedey sedey sedey....pastu dpt posa sehari je kat umah..sedey sedey]

i juga rindukan my deary sis. okay okay, inilah dia orang kata bila dah kawen semua jadi lain kan. not totally la...but ada la sikit2 yang lain. seperti along yang perlu arrange cuti nak balik raya. i really hope she can make it on 1st day raya at our home sweet home in kuala kangsar this year. i rindu bangat sama dia. she is my shoulder to cry on. the first person i will called when i got problems. the first person i will tell everything. she is my bestie. like we can talk everything hours n hours on phone gossiping n talk about our life. she is the person when i'm happy, when i fail, heartbroken, when i feel misery, when i feel terrible, when i feel like to kill a person, when i about to burst, when i feel lonely, when i need sumone. she ....just there being my listerner my supporter. no one can replace her. i miss u dearly.

just now...i masak bubur....u suddenly i remember my baby sis n baby bro. there r like a baby to me. still the one [the one ke the two..hahaha]...that...so small n tiny n so kuat meragam jugak....hahah....n i still remember i saw the 2 of them...so small n i was speechless.....i dont say a word. seriously...not even a word. n i still remember when mama came home the next day, i was just sitting on the chair, looking from far....that my mama n 2 tiny little babies.....okay okay i got 2 at the same time...[my cute baby sis n bro...twin okay...twin].....n mama said 'adik kenapa diam je....tu dah jatuh saham la tu'.....gila i merajuk kot waktu tu sebab mama dah tak layan i. hahah...sangat la budak budak kan [okay i masik kanak kanak lagi waktu tu]

but i really miss them..both of them. kalau ada bergaduh...kalau takde nie la dia rindu rinduan pulak. still remember mama always said 'beralah la dengan budak kecik. awak tu dah besar'....n i memang selalu nak menang. i memang tahap tak boleh blah punya dalam adik beradik i. memang nk menang je.

i masih ingat i masak bubur ni masa i babysit diaorg [babysit budak umo 13 tahun...hahah]...i made them bubur. bubur je pon, but both of them cakap sedap. i rasa terharu. coz skill memasak i kire paling hampeh sekali dalam rumah i. mana nak lawan my mama n sis. baik i duduk tolong basuh pinggan je [sebab tu la i beria ia belaja masak..hahaha. sebelum i ditertawakan bakal suami :P].

i really hope i can be a good example to them. but then sumtime diaorg pulak yg jadi example to me. gila i memang tak blh blah. i really hope i can be a better person untuk diaorg follow, tp i hanyalah seorang kakak yang kuat marah, membebel, malas, kuat tido, rebel paling tak blh blah, kuat juga memberi arahan, kuat nanges [mama ckp i queen air mata..haha], dan kuat lain lain. but i harap both of them will be better than me in every single things. i want them to be who they want to be. i want them to free themselve. choose path that can make them happy forever. [ceh, mcm i x happy je skrang....haha..ade la sikit2 x happy]...

obviously i really really really miss them.

another 4 weeks to go.

n selepas saat saat sukar ini berlalu, i boleh peluk n cium mereka puas puas.



kalauibisajujur > mama sgt risau denga kepulangan i kali ini. mama mama....i think bus yg akan i naik tu selamat. but semua mak akan risau anak dia bile benda tu first time anak dia nak buat, for example, my first time naik bus yang i tak pernak naik.....hmmm....


Thursday, August 13, 2009

cerita 7: i manusia biasa !

okay okay, today i rasa sangat marah dengan mereka yang suka judge orang. wth.

apa hak u nak judge i dengan kawan i [i bermood emo].

apa u tahu cerita sebenar? [u memang tak tahu]

apa u ada dekat tempat kejadian? [u memang tak de]

apa u dengar kata kata ganas merobek hati i ? [mungkin i dah ditakdirkan untuk dengar kata kata begini sejak mula mula i disini...isk isk...i sedey]

apa hak u nak judge kalau dengar cerita sebelah pihak? [apa kata u dtg tanya i sendiri, wth, u boleh judge org lain pulak]

apa hak u nak kata i perempuan hina, sombong, tak sedar diri? [u pun sama je kot]

u pun bukan malaikat. buat silap juga. [betul betul betul]

apa u ingat i menang dalam kes itu? [i kalah]

apa yang i dapat pun? [kesedihan saja]

i harap. sudah sudah lah. i sudah tidak mahu fikir. dan u jugak tidak perlu penat penat nak fikir kan hal i. kalau i dah tak fikir, yang u penat penat nak fikir buat apa. tidak perlu judge i.

i manusia biasa. i buat silap juga. tapi i tak judge orang, unless i memang tahu u mcm mana.



kalauibisajujur > i bukan nak marah sapa2...i cuma tak suka orang judge i tanpa tahu apa2. u pun mesti mcm tu jugak kan?

Tuesday, August 11, 2009

cerita 6: buku berbalut plastik !

bermood exam seperti sangat rajin. okay okay, walaupun begitu i tetap seperti biasa. i rasa seperti sangat malas or malas seperti i. i pun naik kompius walopun sudah dua hari i tido pukul 2 pagi. tapi tahniah kepada i kerana sedikit rajin. CLAP CLAP CLAP.

apakah erti sebuah buku yang ibaratnya boleh dibuang setelah 10 minggu digunakan untuk dibalut dengan plastik jernih kepunyaan kekasih gelap yang i tak ganti ganti lagi tu?[ape ke panjang sangat, cikgu BM marah nanti]. gila i terasa sangat malu tadi. dan hanya mampu tersenyum seperti kerang busuk [tapi i wangi] dan tertawa sedikit sedikit mengontrol ayu [tak tahan i membuat seluar sendiri terkoyak]. apakah perasaan i ketika membalut buku jadual itu perasaannya seperti menjahit seluar pendek dalam masa 10 minit, seperti dipaksa ibu belajar memasak, seperti berlari kekaki langit dan seantero dunia, seperti cakap cakap yang tidak logik, seperti perasaan memukul orang, seperti mengisi minyak kereta ditengah hari, seperti senyum sorang sorang membaca kisah cinta magis, seperti udang disebalik batu, seperti harimau dalam bilik you, seperti yang u pegi baca apa yang i tulis merepek repek ni. HA HA HA.

Okay okay, kembali ke kisah buku dibalut plastik. i sendiri pun tak tahu kenapa i balut buku tu. i saja gatai tangan waktu tu nak habiskan pembalut kekasih gelap. :P :P :P.

okay okay. i kene berenti dulu. i ada banyak nak cerita. tapi i kesuntukan masa.



kalauibisajujur > i need to sleep, get some rest, eat sumthing, be energize, focus, n just do it!!!!

Saturday, August 8, 2009

cerita 5: western dan coffee!!





okay okay, hari ini i and kawan kawan masak western. kami semua craving [hehe, mcm mengandung]. tapi i suka.practice make perfect kan. yuhuu...i sangat gembira [apesal gembira sangat ni]. kadang kadang i gembira tanpa sebab.



i rasa kan, my addiction kepada coffee da semakin menjadi jadi ni [kesian duet gaji i nanti]. hari ni i beli lagi coffee walaupun baru je beli hari tu [sorry sorry]. this time, i beli espresso. okay i belum try lagi. so i pun tak tahu sedap ke tak jenis ni, sebab first time try brand ni. but tadi i cium cium dia [sampai mcm da high pulak i :P], mmg strong. okay, i tak cium dia mcm i nk cium suami. kira i ambil bau je :P


should we try tonite? err.....okay la !!!!













kalauibisajujur > okay coffee sangat mahal. anyway thanks to my dear fren feeza for mocha ice blended n oreo cheesecake at cooffee bean. i like~~~

Friday, August 7, 2009

cerita 4: angan angan saya !

okay okay, i memang banyak berangan. tadi i sangat berangan angan. i juga sembang sembang pasal kahwin dengan lamanya dengan kekasih gelap i [kenapa i ada kekasih gelap?]. i juga bersembang sembang mengenai majlis perkahwinan i yang simple dan yang i suka. i seperti boleh bayangkan sudah [macam mana ni, berangan dah, tapi nak kahwin bila] macam mana hari tersebut[okay i sangatlah perempuan yang kuat berangan]. i juga sudah fikir warna apa nak pakai, outdoor dimana, video moment kami dimana dan bagaimana, juga sudah survey photographer [gila betul i]. okay enuf.

i juga berangan sepuluh tahun akan datang [cute babies?]. i juga berangan mahu jadi pakar apa [pakar memasak?]. okay okay, mood berangan sangat tinggi malam ini.

okay, tadi kawan i jeleskan i dia sudah tangok nurkaseh. FYI i sangat jeles [kamu memang!]. tapi dalam dalam i msg msg dengan kawan i, i benda lain pulak yang datang [okay okay, i never tules pasal ni, but this thing happen today and i dah tertules], and i memang tak sangka. so my fren cakap mcm ni dekat i. 'why so sudden?'. i cakap mana i tahu. and after that he said mm? and lastly he said we da lame lost contact, takpe la kalau dia cakap mcm tu [okay apa yang i mengarut ni?]. okay okay, i think kat sini sumtimes after banyak banyak tahun, we knows sape kawan kita yang baik [kekasih gelap pun cakap mcm tu]. sumtimes, because of benda benda kecik kita putus hubungan kan [juga kerana perkara2 besar :P]. tapi i yang gembira dan sangat senang hati lagi comel ni tak peduli benda benda begini lagi [okay okay sangat perasan]. i mahu jadi perempuan yang terus kedepan mengejar cita cita yang telah lama i angan angankan. okay enuf till here sebelum i melalut.


kalauibisajujur > thanks for being my gud fren, at least i ada tempat untuk bercerita.

Thursday, August 6, 2009

cerita 3 : orang pandai yang sombong !

okay, okay, kenapa i sangat addicted dengan belog i yang baru i cipta ini. kawan i tanya, nak tinggalkan je ke belog kalaukitabisajujur tu. okay okay, bukan i lupakan belog itu. cuma i terasa ingin tulis dalam dua cara. mungkin kah i ada double personality? [owh tidakkkk, i tak gila, sumpah].

i juga tertanya tanya kenpa i nak tulis dalam cara begini. adakah ini naluri dalaman i? [cecece, naluri dalaman yang sangat gedik]. naluri dalaman yang sangat luar biasa [sangat perempuan]. apakah i dari luaran, mungkin kamu patut baca kalaukitabisajujur [belog yang kurang keperempuanan]. adakah i seorng perempuan yang menyimpan angan angan kahwin dengan putera yang cukup macho dalam hati [tapi bukan putera anak raja dalam malaysia..cecece, demand lagi tu], juga perempuan yang sudah memikirkan baju kaler ape nak pakai pada hari perkahwinannya [okay, i sangat normal. perempuan!]

okay okay, enuf about that. nanti i merepek pulak [kesian u nnt]

beberapa bulan yang lalu i jumpa seorang yang sangat pandai, tapi sangat sombong. i tak paham kenapa dia suka marah marah. fine fine, i tak pandai macam dia. but i rasa dia sangat tak tahu perasaan orang lain [i sangat sedih okay]. takkan lah nak compare kedudukan i dengan dia pulak yang sudah kerja bertahun tahun, i budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan [i sangat baik hati (T_T).]

itu beberapa bulan yang dulu, i pernah kena sekali je dengan dia, then nampak je dia i akan elak. nak dijadikan cerita, then i met her again dekat peads ward. i memang akan stay paling kurang 8 feet from her [okay, i rasa aura dia tak bagus bagi i yang comel ni (,")]. but then, i heard dia marah marah my kawan kawan yang baik hati. okay, wutever. i memang dah tahu orang yang pandai dan sombong macam dia. and i memang tak suka dia, even waktu ward round pun. macam nak tunjuk pandai sangat. pity the HO, kene marah sampai satu ward pun oleh dengar. okay okay, i tahu u ada suara yang kuat [tapi tak sedap pun untuk dibawa masuk bintang rtm]. yang dah jadi pakar pun tak macam tu. i rasa maybe dia sangat pandai dan tak pernah ada kawan yang tak berapa pandai, sebab tu dia tak tahu mcm mana perasaan orang kene marah.

wutever la. maybe bila anak dia kene macam tu baru dia tahu. i malas nak fikir.


kalauibisajujur > wutever la doc, i dont give a damn. [i lagi comel...okay, perasan!]

Wednesday, August 5, 2009

cerita 2 : double standard !!

okay, sekali lagi i ber-mood marah. mood marah ini adalah sambungan dari belog i kalaukitabisajujur.blogspot.com. okay, air masih tidak ada. dan i masih tidak faham kenapa air tu tidak ada. hari ni i terpaksa angkut air dari rumah orang lain. nasib adik adik mengeluarkan muka manis ketika i datang ambil air. hehehe..i rasa gembira. wutever la kan. tapi sakit sakit tangan i angkat air tu. owh, kenapa i ambil air? sebab i mcm dah tak boleh tahan, naluri wanita i yang sangat sangat suka masak [ececece, i rasa sgt perempuan] melonjak lonjak. i masak ayam masak tiram. i rasa suami i nanti sgt gembira sebab perut dia boleh buncit ke depan dalam masa sebulan lepas kahwin. okay, i tak nak. so bakal suami tak perlu berangan. i tak nak masak lepas kahwin. hehehe..[siapakah bakal suami, okay, i masih tak tahu]. okay, okay, i masak jugak kadang kadang. nanti mak mertua i kecik hati pulak i tak bagi anak dia merasa air tangan i [i mmg sgt penyayang].

wutever la pasal air ni, i pun xnak pening pening fikir. sebab kalau i fikir pun benda yang sama jugak berlaku.

sekarang i marah pasal lagi satu benda. okay, i tak paham dengan orang yang suka double standard ni. fine, fine..i memang tak berapa pandai [tp i masak pandai] dalam bab pembelajaran di sekolah ni. mungkin kalau ikut ranking, i duduk top bottom. wutever la kan. i peduli apa. memang dulu dulu cita cita i nak jadi surirumah tangga [ok, sekali lagi i rasa sangat perempuan]. okay okay, i nak kerja sebenarnya, tp bukan lah selama lamanya. satu hari nanti i nak jugak bagi sepenuh perhatian pada keluarga i. yang i tak paham, kawan kawan i sangat pandai okay!! mereka ibarat buku teks i jugak, sebab i tanya semua dapat jawab, sebab mereka sangat pandai dan baik hati. i tak paham dengan sikap sesetengah orang yang suka sangat pandang rendah pada kami semua. okay, i know kami tumpang je dekat hospital tu. itu bukan hospital universiti kami. tapi tak perlulah pandang rendah pada kami yang baik hati ni. i dah la buat buat ayu dan comel [okay, i sgt perasan!].

apa orang tu ingat student oversea tu pandai sangat ke. okay, FYI, ada student yang pergi belajar kat oversea tu, pointer 2.5 je okay!!!!. pergi sebab father n mother banyak duit and memang nak anak jadi doktor. i tak peduli pun n tak belagak, sebab i tahu i tak pandai pun and maybe i lagi teruk dari you all. maybe i sgt bernasib baik waktu tu dapat belajar sampai tahap ini. maybe ada orang lain yang lebih deserve tempat i ni. sebab tu i tak berlagak pun. tapi you all memang tak berlagak pon [ada la yang bajet bagus jugak tu], yang i rasa macam nak pancitkan tayar dan scratch kan kereta diaorang tu adalah doctor2 yang ingat student oversea tu sangat bagus [okay, hilang sikit keperempuanan i].

wutever la kan. yang akan kerja dengan u nanti kami kami ni jugak [ walopun satu hari nanti i akan quit government jugak]. yang belajar oversea tu, byk jugak yang akan kerja oversea.

okay, i pun penat nak fikir pasal orang orang macam ni. kalau u nak tahu doctor yang macam tu sangat ramai disini. i yang baik hati ni pon rasa sangat bengang dan hilang keayuan [okay, sgt perasan].

wutever.....i kene study jugak.nanti sambung lagi.


kalauibisajujur > hari tu ada student oversea kene marah. okay, doc tu marah semua student tak kira oversea ke msia. lain kali pakai formal. guys mesti with tie. jersy or t-shirt is not a proper attire dekat msia punya hospital n medical school.

Tuesday, August 4, 2009

cerita 1 : cuba try test !!

okay find wutever