Wednesday, August 26, 2009

cerita10 : apa nak jadi ?

okay okay, exam sudah habis. yay....apa yay yay...?? pass pun belum tentu lagi. tapi i tetap nak yay jugak sebab sedikit rasa kehilangan separuh otak i [okay okay, hilang tekanan dalam kata yang senang]. i perform bagus ke? ohhh tidak. i ada sedikit penyakit lupa lupa sebab i sudah tak ingat benda benda lama, seperti ilmu ilmu yang i terletak dalam unconscious mind. gila berterabur bila nak explain balik [i sangat malu. jd i senyum saja]

okay okay sudah pasal exam.

bagaimana puasa? masih dalam tahap cuba meningkatkan pencapaian diri dan mendekatkan diri kepada Allah [rasa sangat beriman]. i harap terus dapat melakukan yang terbaik. selebihnya i serah kepada Allah.

minggu depan i start obgy. i tak tahu sebenarnya i suka atau tidak. yang pasti i paling suka tengok baby baru lahir. i rasa sangat adorable. i rasa saat tu paling bahagia [bila la turn i agaknya eyh..:P]. walaupun sakit mak mak nak lahirkan anak..tapi ada rasa bahagia disitu. selepas menyambut kelahiran baby sebanyak 17 kali melalui vaginal delivery dan sekali assist caeserian section [dimana itu la kali pertama i rasa seperti surgeon, dapat memegang pt diatas theater, scrub, pakai gown, wow i pernah tu....huhu...gile perasaan pertama kali hands on di OT dimana selama ni dapat tgk dari tepi je. mana nak hands on di OT, nanti abesla kene boikot dengan HO kan....hehehe] i rasa pengorbanan mak mak memang tiada bandingannya. cuba bayangkan mak i 3 kali mengandung. lahir semua vaginal delivery . yang last tu pulak twin. sangat besar pengorbanan. i sangat terharu.

ok lah. nnt i sambung lagi. i seperti ada kerja.


kalauibisajujur > pagi tadi potong kuku untuk exam. akhirnya kuku da warna putih sepenuhnya, tiada lagi kaler oren. 3 months went away..............:)

0 orang gedik nak komen:

Post a Comment