Sunday, September 6, 2009

cerita 20: cerita cerita bersedih saya.

akhirnya, buat kali pertama i tidak bangun bersahur pagi tadi. i memang tido mati. mungkin ada mimpi terlampau indah yang i sendiri pun tak ingat. memang i sangat bersedih, sebab i ada sedikit kurang tenaga hari ini.

disebabkan ini i telah tertido waktu tengah hari, sehingga seperti rasa tidah mahu bangun. bila bangun i rasa menyesal, rugi masa je, banyak lagi tak study. i bersedih lagi. kemudian, i tengok hp ada msg. i pun segera menuju kepada kawan i [sebab msg tu suruh jumpa dia bila i dah bgn].

bila i jumpa kawan i, dia kata facial n spa penuh weekend yang kami nak pegi tu. i belek belek jadual i, nak cari masa yang boleh pergi. memang jadual i sangat padat pada hari hari bersekolah. hanya ada hari isnin saja. memang i bersedih sekali lagi.

kemudian i terfikir pasal hospital. malam ini kene pergi hospital.tapi dengan siapa. i tak tahu sapa yang nak pergi, walaupun i tahu budak group i semua pergi. i sebenarnya malu malu kucing nak mintak tolong sebab mereka tinggal diluar. nanti macam susahkan mereka pulak nak ambil i. i masuk bilik seperti sedih sedih dan terus solat. mintak mintak petunjuk. setelah itu i terfikir, mungkin i patut pergi petang ni saja. i boleh pergi jalan kaki sendiri. hari siang tak bahaya. tapi i jugak terfikir mengenai patient allocation di cubicle 1. dalam i fikir fikir, i bukak facebook. i nampak sang online, jadi i tanya dia. ntah mcm mana i yang malu malu kucing ni, tiba tiba mintak tolong sang ambil kan i malam ni.huhuhu. sang yang baik hati juga bersetuju. thanks Allah, i found my solution. actually memang tak berapa nak larat jalan kaki ke hospital petang2 ni. dah la tak sahur.huhu.

so i punya mood sedih sedih tadi pun berakhir.


kalauibisajujur > Allah always shows the best way for you if u ask for it. and i think this Allah always show me what should i do. i even more realized about it since last year, when Allah test me with somes hurdles of life. kata ustaz semalam, hati yang kotor itu ibarat punya keladak. jika dicampur dengan permata berlian pun tidak kelihatan kerana keladak tersebut. bersihkan hati, semoga hati kita disinari nur. ustaz juga berkata, kadang kadang perbuatan kita, percakapan kita menggores hati orang lain kerana kita tidak memilih perbuatan dan kata kata yang terbaik, sebab itu hati kita tidak tenang. namun ya Allah, aku syukuri nikmat yang kau berikan, masih bisa mengajar erti memaafkan yang lain dan mengajar hidup itu punya sinar yang indah sekiranya mengikut ajaran-Mu.

0 orang gedik nak komen:

Post a Comment